CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, December 14, 2011

Inspirasi Pagi - yang tak berapa nak pagi ;)




Assalamualaikum Selamat Pagi

Sekitar Gunung Pakkiau sekarang masih pagi . ngeh ngeh ngeh  *kebelakangan ini selalu sangat buat bunyi gelak jahat tuh -.-"

Inspirasi pagi ini bukan datang dari skrin henpon dimana terlekat seketul morning kiss di situ . tetapi ia datang 

dari hasil penat lelah awin ber-blog-walking lepas intai intai entry-entry belog dekat reading list tadi. 


saya terjumpa ini --> Kenangan Lama | lightchime 


Bloger Adik Manis a.k.a  A i m i  ini bercakap soal  turning point . 

suatu masa dulu , perkara ini pernah menjadi milik awin . tetapi cuma sebentar . terlalu singkat tempoh itu .
betapa awin rindu akannya . betapa awin sedar jauhnya awin kian hanyut . 
dan betapa awin tunggu akan masa yang sesuai untuk melakukan turning point itu kembali .

namun , kata   A i m i  " turning point itu tidak boleh dibuat dengan niat dan 

kata-kata . jika sudah ada niat di hati , praktikkan segera. jangan biarkan niat 

itu tinggal n i a t .. "



namun , seperti  kata A i m i juga ,  " hebat sangatkah diri ini untuk melawan hasutan syaitan ? "



jujur awin katakan , sekelumit ruang dalam hati awin kala ini ingin sekali awin isikan ia dengan 
keinsafan . jika diberi kesempatan itu , akan awin semaikan ia sehingga ianya menutupi ruang hati ini untuk terdetik lagi mengulangi kesalahan dan dosa - dosa itu .
awin kesal .
malu pada tuhan . malu pada diri sendiri .








kiranya ada yang membaca , kiranya ada yang mengerti , aminkan lah doa awin agar terselit kukuh rasa keinsafan itu didalam jiwa dan moga ianya tersemai subur sehingga tertutup 
ruang-ruang  hitam itu . ameen~














 

Monday, December 12, 2011

jam 1 a.m.





awak bukan bersembunyi
cuma bumi ini berputar , dan bawa saya jauh dari kamu 



tak faham dengan diri aku malam ini . tak faham kenapa terlalu rindu jadinya .
tak faham kenapa rasakan kau terlalu jauh dari aku . senang betul air mata aku menitis malam ini .
semua kerana kau . aku rindu . terlalu rindu . 
sepatutnya aku ada di sisi kau , ketawa sama-sama dengan kau hari ini . hari istimewa kau . hari lahir kau .
oh , maksud aku kelmarin . hari istimewa kau baru saja berlalu 54 minit lepas .
aku rasa kosong . rasa teruk . bila tak dapat lakukan apa-apa untuk kau .
maafkan aku . aku bilang aku baik baik saja . hakikatnya aku sedih .
bukan salah kau . cuma aku berharap aku dapat lakukan sesuatu untuk kau . sesuatu yang membuktikan aku sayangkan kau . setelah kesabaran , kejujuran dan cinta yang kau berikan  sepanjang hubungan kita.
tapi aku gagal hari ini . maafkan aku .

aku perlukan kau .

maaf , aku post satu lagi entry sedih malam ni . maaf ya , tapi aku terlalu sedih .

aku rindu kau , sobri ! 








Sunday, December 11, 2011

Hari Tua Kamu ♥






selamat hari tua , syg :'D
wish i could be there with you today , on your birthday .

tapi tak mengapa . apa boleh buat bila suami pergi medan perang . secara paksa . urgh . tragisnyaaa .
saya kira pagi tadi seharusnya pagi paling indah . mana taknya , hampir enam bulan berlalu , baru ini pertama kali kita akan keluar sama-sama : )

terjaga dari tidur tadi , dinding , siling dan lantai kelihatan berwarna-warni . indah sungguh ! renung skrin henpon dan terdapat seketul morning kiss dari budak tuh *wink
wahh , indah betul pagi ini
sehinggalah pesanan yang kedua .
tiba tiba awan mendung berarak , petir menyambar , daun kering sana-sini , pusaran asap hitam menggila di empat-empat penjuru , hujan lebat , guruh berdentum .
tanpa sedar air mata saya jatuh setitis dua tiga empat lima enam tujuh lapan sembilan sepuluh titis . and so on .
bila terpandang kad birthday yang nak diberi kat budak kecik tu , airmata menitis lagi sebelas duabelas tigabelas empatbelas limabelas enambelas tujuhbelas lapanbelas sembilanbelas titis and so on .
takpa sayang , ada orang lain yang lebih perlukan awak kat luar sana .
biar rindu ini tersimpam kiut-kiut diam-diam dalam hati ini dulu : ')
bila rindu ada saja status jiwang yang nak diupdate .
bila rindu ada saja status karut yang nak diupdate .
bila rindu ada saja lagu sedih yang nak dicari di youtube .
bila rindu , ada saja entry dengan tajuk mood happy tapi isinya sedih .

saya cuma mampu tersenyum . demi kamu . saya juga sudah berjanji tak akan muncung muncung pada hari istimewa kamu . saya pegang janji itu . tolong jaga diri kamu yang kechik tu sepanjang kitiadaan saya bersama kamu . jangan sampai terbawa ombak rindu Pantai Merdeka pulak yaa .
saya cuma risau . sebab cuma kamu yang saya ada .
terima kasih untuk datang dalam hidup saya . terima kasih buatkan saya tersenyum .
terima kasih buatkan saya bahagia . terima kasih kerana bersabar dengan saya .
terima kasih sudi berkongsi suka duka sedih gembira dan mengarut bersama  saya .
. . kehadiran kamu terlalu bermakna dalam hidup saya . .




 
nah , ini untuk kamu . motif saya pilih lagu ini saya sendiri pun tak tahu .


kata Encik Mimpi . . .

Walaupun sebenarnya adakalanya kita berpura-pura dalam senyuman, tidak mengapa, kerana dalam masa yang sama kita sebenarnya sedang membelai hati kita supaya tidak bertambah sedih atau sakit. Kita juga tidak mahu menyusahkan orang lain untuk turut risau di atas masalah yang kita hadapi. Kita mahu orang disekeliling kita senang dengan kehadiran kita. Dan sudah pasti Allah akan membantu kita jika kita cuba membantu orang lain untuk merasa senang dengan kita.

Jadi, walau berat mana masalah atau kesulitan yang kita hadapi, usah mudah mengalah, dan hadapilah semuanya dengan senyuman ♥
 





H a p p y  S w e e t  E i g h t e e n , syg  ! !












Wednesday, November 23, 2011

ciput -.- "




dapat Katty Perry sejuk-sejuk waktu hujan macam ni pun best jugak .
apa lagi kalau dapat taylor swift . tak pun Nera AF9 pun sudah cukup .
tak perlu semua itu , sebab sekarang ada lima wanita Korea kiut-miut comey lottey tapi tak perasan pulak berapa orang
mungkin lima , mungkin enam , tak henti-henti nyanyikan lagu Starlight Moonlight buat Sang Ratu Soffina .
oh , lama betul tak berangan diri sendiri sebagai Sang Ratu Soffina , sebab jarang-jarang
datang conteng belog . temapt mana lagi yang nak terima saya berangan tinggi-tinggi 
jadi sang ratu . HEHE .
ok ok , saya janji , kali ini tak ada lagi kisah laksamana Sunan ataupun mana-mana kisah
sedih antara saya dengan sesiapa lagi . kasian . buka saja belog , awan terus mendung .
adakala rasa macam buka belog orang mati . ataupun belog berhantu . belog berhantu pun tak sunyi
macam ini .

betul . sunyi sangat . nasib si standing alone belog , camni lah kan . 
 ada tak mana-mana silent reader nak datang tegur ke . . yang sudi rugikan 
beberapa joule tenaga jari untuk datang jenguk awin ke .


urmmm   -.- " 

merajuk ni tahu tak ?!




awin cuma berjanji dengan laksamana hati awin untuk tak merajuk merajuk
kalau tak ada sebab . tapi masih boleh merajuk kalau sudah dua tahun berblogging .
baru 12 orang follower . tolak 2 . jadi 10 .
sebab salah satu tu awin sendiri yang follow blog awin sendiri .
nampak deseprate sangat .
dan lagi satu pulak hasil dari pencerobohan masuk ke blog Enchek Sobri dan 
follow belog cara . saya . cara . biasa . biasa . saja .
 kejam sikit . betul , mana kejam sangat pun . sikit tu ada lah .
tu lah . sapa suruh tak signout lepas guna netbuk orang .
e r r , minta maap Enchek Sobri : )
atoto . . tak chumel lah marah-marah macam tu . tenyuuuummmm ciket .
-.- " hehehehehehehe


motif entry kali ini tak lebih tak kurang entry raih simpati sebab bilangan follower
yang seciput . 
oke , sekarang nak sambung layan lima wanita korea kiut - miut yang
tak henti-henti terloncat- loncat nyanyi lagu Starlight Moonlight dan buat hati rasa macam nak gigit sorang-sorang wanita-wanita kiut nie sampai kenyang .

buhbye silent readers dan penye-talk penye-talk tercinta sekalian .
teruskan menye-talk . seseungguhnya setalk men-setalk itu
amalan mulia : )
-.-"







perasan tak ? banyak smiley blur dalam entry kali ini 



Sunday, November 13, 2011

S o r r y note





sekarang bukan masa untuk berbahasa bunga-bunga .
jadi , enchek belog , beri saya seberapa banyak ruang untuk saya luahkan semuanya .

biar kamu tahu , biar kamu faham .






Dear ,
Ahmad Sobri bin Shaari .

sudah berbulan-bulan kamu datang dan nama kamu duduk paling atas dalam carta hati aku , namun nama
 kamu tak pernah ada dalam diari  aku . 
kau berikan aku satu tittle "one less lonely girl " and lifted my feet off the ground and spinn me
around . kau yakinkan aku yang kisah kita bukan kisah dongeng dan kisah kita bukan sebuah mimpi .
maka nama kau tak pernah terukir walau sebaris pun dalam diari aku .
kau bukan kisah dongeng , kau bukan putera dari mana-mana kayangan dan kau juga bukan pari-pari utusan mana-mana perang .
kau adalah KAU ! kau yang aku nanti-nanti selama ni dan KAU yang DIA janjikan untuk temukan dengan aku tiap kali aku berdoa . 
aku kira kau hebat . kau penyabar . kau memahami . kau jujur . kau mudah memaafkan . kau lucu . jiwa kau jiwa halus . kau punya personaliti yang jarang ada pada orang-orang yang pernah aku jumpa .
sebelum kenal kau , siapa sangka semua itu ada pada kau . aku bahagia dapat kenal kau . bahagia dapat rasa cinta kau . bahagia dapat balas cinta kau . bahagia dapat kongsi cerita dengan kau . bahagia dapat mengarut sama-sama dengan kau . bahagia dapat usyar dan kutuk orang dengan kau . bahagia dapat buat bising dengan kau . bahagia dapat kena marah dengan ustazah sebab makan sekali di kantin dengan kau . bahagia dapat duduk diam-diam dalam kelas,tutup pintu dan tingkap serta langsir,pasang lagu dan update blog sama-sama dengan kau . bahagia dapat sama-sama search sejarah tentang kerajaan-keeajaan awal dengan nama pelik-pelik dengan kau .bahagia dapat berbondong-bondong keluar sama-sama dari blik kaunseling lepas kena halau .
bahagia dapat sembang hal agama dengan kau . bahagia dapat sembang pasal mat indera dan mat sabu dengan kau . bahagia dapat tukar background netbook kau dengan gambar aku . bahagia dapat kongsi cerita laksamana sunan dengan kau . bahagia dapat guna gelaran sang ratu soffina dengan  laksamana sobri dengan kau . bahagia dapat kena usik dengan pak cik Shafril sebab pakai nametag kau . bahagia dapat masukkan nametag kau kedalam mesin basuh sterusnya patahkan nametag kau . bahagia dapat hadiahkan nametag baru sumbangan ikhlas daripada cikgu wan dan Madam rodiah untuk kau . bahagia dapat habiskan kredit RM10 bercakap dua jam sebelum kau pergi tidur di gunung jerai .bahagia dapat rasa macam janda bila lima hari kau tinggal aku . bahagia dapat tunjukkan mashaf puisi yang kau siapkan khas unutuk aku pada semua budak kelas 4sc1 dan cakap dalam hati ' hampa ada ? ' .
bahagia dapat curi-curi buka fesbuk kau dan baca mesej-mesej kau . bahagia dapat tau ramai bunian-bunian gunung Jerai yang join kem berkenan dengan kau dan siap luahkan sendiri pada kau  . tapi pengkhabaran tentang keampuhan sang Ratu soffina telah kuburkan niat bunian-bunian tadi untuk bawa kau terbang jauh dari aku  . bahagia dapat rahsiakan tentang hubungan kita dan buat drama berbabak-babak dekat Teras Naka . bahagia dapat buat muka dyorang terlopong masa buat pendedahan konspirasi hubungan kita . bahagia dapat err .. dapat errr . . cukup dulu sampai sini .

 kau fikir aku puas dapat merajuk dengan kau selama dua malam hari tu ? kau silap  .  
hati aku cuma pada kau . happy aku , gelak aku , bahagia aku , ada pada kau . 
kau fikir aku boleh tidur dengan tenang bila paksa diri untuk endahkan mesej maaf yang kau hantar ?
aku cuma mahu kau tahu . aku perempuan . aku ada hati . aku ada rasa cemburu . aku sensitip .
aku mahu kau tahu aku mahu cuma ada kau dan ada aku . aku tak suka orang yang sama dan masalah yang sama ganggu hubungan kita .
dan mula dari situ , aku mula suka merajuk . mula suka buat perangai . mula suka rasa diri macam sang ratu .
itu nak , ini nak , tak nak itu , tak nak ini .
dan aku juga sedar 
selepas rekod tempoh merajuk paling lama yang aku berjaya pecahkan iaitu 2 malam ,
kau berubah . sejak itu aku rasa like im the only girl in the world . *betul , tak tipu*
kau yang selalu mengalah , kau jujur , kau memahami aku dan kau sangat mudah memaafkan aku .
betul-betul aku rasa macam Tuan Puteri .




. . tapi . .
silap aku selalu biarkan kau seorang dengan rasa marah yang aku hempaskan pada kau . 
silap aku biarkan kau seorang dalam fikirkan soal hala tuju hubungan kita .
silap aku jadikan kau tempat dipersalahkan bagi benda alah yang cetuskan perang kecil dalam hubungan kita .
silap aku ragui kesetiaan kau sedangkan kau terlalu jujur pada aku.
silap aku biarkan aku tenggelam dengan kesalahan aku bila kau terus-menerus memaafkan aku .
silap aku memperkecil-kecilkan kesabaran kau terhadap aku .
silap aku biarkan kau rasakan semua itu yang pernah aku rasai awal hubungan kita dahulu keseorangan .
silap aku biarkan rasa cemburu dan dendam lama itu terlalu lama .
silap aku untuk lebih memilih untuk dihargai dari menghargai kau .
salah aku , sayang . salah aku .
maafkan aku  .
tak pernah awin rasa seangkuh tadi , tak pernah awin rasa sekesal sekarang .
sekali lagi , awin minta maaf .







*begging you to stay . im sorry !






       
love and sorry ,        





saya minta !
tolong buat saya rasa macam tuan puteri 
macam yang diorang rasa . .
 
kalau tak mampu buat saya rasa mcam tuan puteri sekalipun , taruh ruang dalam ingatan kamu sedikit untuk saya . 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
*jangan tinggal saya macam tadi lagi . saya minta !

 
 
 



Friday, November 11, 2011

kontra




humm . indahnya dapat bertukar-tukar dan kongsi lagu-lagu sweet dengan kamu .
saya bagitahu lagu kegemaran saya . dan kamu buat benda yang sama kepada saya .
kita sama-sama search lagu-lagu tadi di internet dan kemudian nyanyi sama-sama .
macam suara kita berdua yang paling sedap . 
macam lagi itu lagu kita .
macam dah lama kita tahu lagu tu . 
macam lagu tadi lagu yang paling best pernah kita dengar
macam tak ada lagi lagu lain yang dapat curi tempat dalam carta hati  .
macam cuma kita berdua dapat rasakan betapa indah lagu-lagu tadi .
macam kita mempunyai minat yang sama .
macam saya hargai minat kamu . dan kamu pula hargai minat saya .
macam kita menghargai satu sama lain .




 
----------------------------

masa dengar lagu Crazier yang entah dari mana tetiba ja datang di tibi tadi ,
tak pasal-pasal air mata saya jatuh setitik .
betul , tak tipu , cuma setitik .
saya sedih .
Disney channel mainkan lagu yang kamu tak suka .
yang kamu cakap mengantuk bila dengar lagu tu di belog saya .
tapi itu lagu peberet saya .
tapi tak apa , biar kamu tertidur semasa baca belog ini .
biar kamu bawa masuk saya kedalam mimpu kamu .
HEHE !

saya faham , kita kontra , melengkapi satu sama lain .


Wednesday, November 2, 2011

laporanPerangBesar::VersionAngan-angan | VersionKenyataan




ini hari akhir perang . tak kurang dari dua jam tadi , perang besar telah tamat dengan tak berapa nak jayanya dan tanpa jaminan bahawa akan menang dalam perang kali ini .
maka masing-masing berbondong-bondong keluar dari medan perang dengan muka sakit perut dan muka tak puas hati . ala-ala terkandas dalam  tandas setelah melabur selama 50 minit sebab dapat sembelit . ramai bala tentera yang tewas . saya juga tewas teruk . walau sekolah dah bagi masa untuk atur strategi baru selama 4 hari pun masih jugak wat dunno  .
jadual perang yang nampak seakan bangang itu rupanya tersangatlah cantik lagi bernas  jika diperhatikan semula.
perlu baca benda yang sama selang beberapa hari . hasilnya , baru ingat lama sikit , baru faham lebih sikit . kan betul , what the old man does is always right .




ini laporan tentang perang besar version angan-angan dan juga version kenyataan ::


Version 1

saya tidur lewat malam dan bangun awal pagi untuk baca buku .
saya tak berlelah-lelah rabat tangga ke kelas 6r2 untuk bertemu Enchek S . maka boleh balik awal dua jam dari selalu .
tenaga untuk berlelah-lelah rabat tangga itu saya simpan untuk berjaga pada sebelah malam . 
tiap hari selepas balik sekolah saya akan terus capai tuala dan terus ke bilik mandi . saya tak akan jeling talibesyen walau seinci . selepas solat saya akan lunch 15 minit tanpa bising-bising atau bertekak dengan madam Rodiah lagi . netbook ini saya simpan dalam almari. saya selak setiap helaian buku dengan penuh konsentrasi dan penuh minat . saya juga hafal semua formula fizik tanpa rasa jemu . saya serah henpon pada madam Rodiah atau cikgu Wan untuk diorang simpan . novel-novel Ramlee Awang Mursyid bertajuk Cinta suff dan sutera bidadari yang baru beli satu hari sebelum perang itu saya biarkan terbalut sempurna dalam plastik . saya deactive account fesbuk dan berhenti post entry baru untuk belog . saya bangun sepertiga malam unutk buat solat sunat hajat dan solat sunat tahajjud . sebelum langkah ke pagar sekolah , saya cium tangan Madam Rodiah dan minta ampun serta pohon restu  . saya bersiap-siap 10 minit saja tanpa baju di-iron rapi tanpa bedak tertampal dimuka . juga nude lips .



Version 2

saya tidur lewat malam dan bangun macam biasa .
saya rabat tangga ke kelas 6r2  untuk beritahu bahawa saya tak akan kesana sepanjang 3 minggu itu . pada esok hari , saya rabat lagi tangga itu . kalai ini bukan unutk bagitahu apa-apa tetapi saja-saja .
saya pulang dari sekolah pukul 3 petang . selepas balik , saya duduk di depan tivi sambil makan nasi 20 minit . sempat juga bertekak dengan mada Rodiah sebab pulang lewat . saya terlelap sampai pukul 5 petang . saya mandi dan selak helaian buku yang mana dirasakan perlu sahaja . saya habiskan dua buah novel dalam waktu empat hari . jam 10 malam saya akan berkongsi cerita Cinta Suffi dan Sutera Bidadari dengan Enchek S .
sempat jugak post entry baru pasal hari-hari perang yang berlangsung . hari ke-5 perang saya keluar ke Jitra Mall dan pulang sebelah malam . hari 7 perang terpaksa teman Madam Rodiah sama cikgu Wan ke perlis . juga pulangg sebelah malam . lewat malam . saya cuma makan sekiranya ada masa , hasilnya saya mampu sarung jeans lama yang dahulunya sering saja tersangkut pada bumper yang menyakitkan mata dan hati  . fesbuk menjadi peneman dikala kesunyian sewaktu buat revision pada sebelah malam . Saya juga bantu madam Rodiah masak untuk kenduri di rumah atok yang berlangsung selama dua hari dua malam Jumaat dan Sabtu . terpaksa berdiam-diam kan diri di tingkat atas rumah atok tanpa manusia lain . maka saya pun turun semula sambil berlari-lari anak ala-ala dikejar toyol kaki pendek yang lari tak berapa laju . karut . saya luangkan 40 minit bersiap-siap ke sekolah . tampal foundation bersama bedak . palit sedikit lip balm dan breakfast . oh , terlupa pula . pembayang mata dan maskara masih belum . cuma bersalaman dan kiss pipi madam Rodiah . tak sempat bersalaman dengan cikgu Wan yang masih dalam bilik air pada jam 7 pagi .




mana satu version angan-angan ?
mana satu version kenyataan ?
mana-mana pun boleh . sila pilih ikut suka .
 

Wednesday, October 26, 2011

sembunyi





" ..andai rindu ini mulai bergetar..
fitrah mula berhembus lembut..
..kasih bukan paksaan..
..cinta bukan seksaan..
sayang hanyalah perasaan
..dan rindu satu ingatan..
biar selautan rindu menggamit sukma
kasih suci tetap setia
..hanya ungkapan ini yang mampu aku bayangkan..
..tika matamu kian jauh memandangku.. 
..izinkan selamanya namamu di hatiku
..keranu ruang hatiku terlalu rindu.. "






*saya tak lari , bukan juga bersembunyi , cuma bumi ini berputar , dan bawa saya jauh dari kamu . .
 dan percayalah , saya tetap menyayangi kamu !

             ' ..hanya ungkapan ini yang mampu aku bayangkan..tika matamu kian jauh memandangku..
izinkan selamanya namamu dihatiku..kerana hatiku terlalu rindu.. '
  

sayang !



' lon galak keu droneh '

sebagai manusia , aku sayang padamu!









angkara Ramlee Awang Murshid , rupa entry saya kali ini nampak macam ini .

rayu




saya pasti kamu juga punya perasaan
saya pasti kamu kenal rasa cinta .
dan saya yakin kamu tak suka kehilangan orang yang kamu cinta itu .

dengan ini saya merayu . berikan peluang kepada saya . untuk rasakan bahagia .
kamu bertuah mengenali dia terlebih dulu dari saya . kamu juga lebih awal merasakan 
cinta dari dia 
tapi , percayalah .
bukannya kamu tidak layak untuk berkongsi cintanya .
tapi cuma saya lebih memerlukan cinta yang ada pada dia itu .
dan barangkali juga cinta yang ada pada kamu itu lebih diperlukan oeh seseorang yang lain .
yang pastinya bukanlah dia .

tolonglah . tolong mengerti . saya lebih memerlukan dia .
relakan segala diantara kamu dan dia .
biarkan saya bahagia dengan sisa rasa cinta yang masih ada pada dia 






* girl , u doesn't has to be so mean . PLEASE !


Friday, October 21, 2011

hari 5 perang




ini hari 5 perang . 
maksud saya kelmarin . hari ini hari cuti .
hari buat bala tentera rehat-rehat dan atur strategi baru .
strategi baru untuk hari 6 , 7 , 8 , 9 , dan 10 perang .




oke . cukup sudah pasal perang .
instead of dibangunkan oleh bunyi bingit burung-burung di Gunung Pakkiau seperti pagi-pagi sebelumnya , 
Sang Ratu Soffina dikejutkan oleh mimpi buruk .
mimpi buruk itu sangat tak seronok untuk dibuat mimpi lagi
mungkin kerana kejadian malam semalam barangkali .
belum pernah saya melihat diri sendiri seangkuh semalam .




baiklah . jika begini mahunya dia .
saya mengerti . semua orang harus mengerti .
semua kekasih harus mengerti .
syurga itu bukan dibawah telapak kaki GF . .
dan saya tak berhak meminta lebih-lebih dari dia .
dan siapa juga saya untuk dia berikan lebih-lebih
dengan ini saya tawarkan satu musim diam . untuk kamu dan saya .
yang berlangsung sehingga awak sedar ketiadaan saya di sisi awak .
sehingga awak merasakan yang awak benar-benar perlukan saya
satu musim tanpa bermanja-manja
satu musim tanpa bising-bising antara kita
sila terima
ini compulsory .


biar kita hargai waktu-waktu bila kita bersama .
bila ada saya di sisi kamu .




Monday, October 17, 2011

hari 2 perang



perang itu sakit .

perang itu sukar

perang itu sangat pedih .

perang itu men-tensionkan . buat perut rasa nak makan orang-orang yang datang dekat .

perang itu ujian . perang itu buat kita takot .

dan takot itu buat kita ingat  pada DIA . .

semakin sakit kita rasa . maka semakin dekat kita dengan kemenangan .

INSYAALLAH :)





*hari kedua perang tanpa persiapan rapi . lesu .

Friday, October 14, 2011

pagi indah untuk Sunan




dari awal pagi lagi sudah berbingit-bingit bunyi burung-burung di Gunung Pakkiau bangunkan Soffina Sang Rtau dari peraduan .




dinginnya pagi ini . indah sungguh bila terkenang saat pertemuan sama Saifudin Laksamana Sunan malam

semalam . dalam mimpi itu katanya isyarat dari langit akan  membawa saya kepada kamu lagi besok pagi .



pagi ini . breakfast dengan cadburry chocolate . dengan berseluar jeans , t-shirt sama cardigan hitam . tak lupa juga selendang hijau yang melilit kepala . berdiri tercegat comel-comel depan pintu bilik Madam Rodiah sama Cikgu wan . sambil buat suara kasihan yang sedia mencairkan hati sesiapa sahaja yang mendengar
                                                                       hanya untuk ini :







                                                      dan jika hari baik ,mungkin akan dapat
yang ini juga :





Sunan , isyarat dari langit itu hampir membawa saya kepada kamu . . lagi . .








habis yang ini !













                                habis sudah berhempas pulas berpenant-penat berngantuk-ngantuk 
serta berlapar-lapar untuk yang ini




begitu juga untuk yang ini . .




dan sekarang awin sudah tak sabar-sabar untuk yang ini pula !




 dan sudah tak sabar juga dengan yang ini !




sepatutnya ini yang pertama
err , tapi . .
masih belum jumpa-jumpa dengan yang ini -.-"

                                   

*berterima kasih berbanyak-banyak kepada orang itu  [sila rugikan 2 saat hidup anda untuk klik sini]
jika diberi pilihan antara Laksamana Sunan atau kamu , sudah tentu pilihan saya adalah kamu :)

Tuesday, October 11, 2011

jam sepuluh




. . sekarang lagi resah . sekarang lagi takot . sekarang , sedih juga ada . mana tak nya , perang besar dah mahu meletus . 
cuma tinggal 4 hari . ya , 4 hari lagi . EMPAT HARI LAGI !
[ada yang lebih besar dan merah dari yang ini tak ? ]



maka perlu bersiap-siap . maka perlu berajin-rajin .
perlu juga berkalut-kalut .
perlu berlapar-lapar .
adakalanya perlu bersakit dan berdemam
dan berletih-letih
tapi , tak perlu bising-bising . cuma perlu diam-diam . 
perlu buka buku .
perlu baca .
faham .
dan perlu hafal .

perlu DOA .
ya , itu yang paling perlu !





*awin lagi tengah bosan tunggu jam sepuluh . .

Saturday, October 8, 2011

empuk


emm . hujan . hujan dekat Gunung Pakkiau memang maha sejuk .



mana cukup dengan comforter pink tebal gambar princess comel-comel berposing-posing ni dengan milo panas madam Rodiah .



*rajin sangat diet dan buat sit up 100 kali tiap hari .bile dah tak empuk nanti , jangan salahkan kita tak cari dia waktu sejuk-sejuk macam  ini  -.-"






wordLESS#2



. . isyarat dari langit itu pandu saya temui kamu . .

burung



eh . . baru sedar . banyak betul image burung dalam belog saya .

tak sangka . anak Chekgu Wan penternak burung online berjaya .
suke tengok burung-burung pink terbang sana-sini menari-nari dengar lagu Crazier yang taylor swift nyanyi.


hebat lagi burung-burung di Gunung Pakkiau yang bersuara bingit-bingit pagi-pagi memanggil-manggil Sang Ratu Soffina bangun dari tidur . Betul ! bunyinya seakan " SO-FI-NA " .


*cuma nak cakap selamat pagi

Friday, October 7, 2011

wordLESS



mood sekarang tengah merajuk . 
ingat merajuk tu cool sangat ?

awak , saya ini bukan malaikat .
bukan juga sehebat Sang Ratu
saya juga punya hati . dan hati saya mudah sangat tercalar .
dan berkali-kali hati ini minta dipolish-polish kan kembali .
berkali-kali hati ini minta dipujuk 
saya tak perlukan mana-mana arjuna , anak raja , mahupun Laksamana Sunan untuk itu .
saya hanya perlukan satu 
 . . itu kamu . .


tiga bulan merajuk ni diperap sehingga menjadi jeruk , tiga bulan juga
memujuk diri sendiri yang tak da sapa yang sudi memujuk ,
dan juga hanya satu malam buat luahkan segala isi merajuk.
hari ni
baru satu pagi tapi
dah macam satu tahun 
seksa betul merajuk itu . seksa betul RINDU itu .
saya rindu kamu !


3 bulan itu . .


3 bulan itu tanpa DIA
Dia tak tau ka RASA RINDU itu sakit . .
dia tak tau ka RASA RINDU itu SEKSA . . .




pagi ini cuma nak bercomel-comel depan netbook sambil hilangkan rasa rindu sama Enchek Belog saja . .
iLebiuEnchekBelog!
jgn buat perangai lagi yah ?
-.-"
            

Sunday, May 22, 2011

perang datang , perang pergi ,




perang besar baru sahaja habis .
hari terakhir perang ini sangat besar dahsyat .
banyak kali saya lari dari musuh .
banyak yang saya tinggalakn saja cabaran yang ditujukan untuk saya .
saya rasa kali ini paling teruk .
memang sangat teruk .

okay , sekarang kita buat laporan sepanjang peperangan besar bernama Mid-year-Examination ini ya . .
persediaan peperangan dibuat semasa tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum hari perang ,
maka bila tiba hari penting itu , saya gelabah .
gelabah tahap . . em , tahap . . gelabah tak ada tahap !
diduga dengan filem-filemHindi di channel Zee .
serius , yang itu memang saya tak boleh tahan .
setiap malam , saya perlu tidor lewat .
sebelah pagi pulak saya akan bangun lewat .
sebab tak cukup kekuatan kerah tenaga buka mata
maka setiap hari , saya akan tiba lewat ke sekolah .
[sebenarnya , setiap hari saya lewat]
maka perlu berkalut-kalut semasa bersiap ke sekolah .
tak sempat pakai gincu , pembayang mata juga tak sempat , apa lagi maskara .
=.='
sebab itu masa hari-hari peperangan , muka saya itu pucat lesi tak berseri
tetapi saya bertuah .
betul , memang saya sungguh bertuah sekali .
itu kerana saya telah diutuskan seorang Pari-Pari kacak
buat menemani dan menyokong every single thing i do
stiap malam ketika saya lagi melawan rasa mengantok semasa baca buku ,
pari-pari itu akan terbang ke sini dan menyapa saya dengan sungguh-sungguh-sungguh mesra sekali .
saya fikir sebelum ini saya sudah cukup kenal dengannya ,
saya fikir dia itu buruk sangat .
in fact , cuma dia yang menemani saya sewaktu sedang resah .
sewaktu rasa seperti nak mati .
saya rasa saya suka . saya rasa saya rindu .
saya suka dianggap seperti Tuan Puteri .
tuan puteri mesti selalu senyum . tak boleh selalu sedih .
kena makan secukupnya . makan sebelum pukul 9.00 malam .
janganlah study sampai tak sempat nak makan .
tidor kena awal sikit dari selalu .
jangan risau nanti pari-pari doakan tuan puteri akan menang dalam peperangan .
makan sedikit sebelum tidor nanti , jangan pula lupa baca doa sebelum tidur .
nanti , insyaallah . kalau tuan puteri berjaya , pari-pari dan tuan puteri akan sama-sama tanam kacang panjang . iayalah , kacang . se'kacang' soalan-soalan itu semua .
sebab itu tuan puteri mesti jaga kesihatan juga supaya dapat hadapi perang dengan semangat .

jka dilihat , banyak indah dari duka kan ?
saya rasa saya patut simpan dan kunci ketat-ketat yang indah
buang jauh-jauh ikat dengan bom dan baling yang duka .
yang penting , mesti selalu-selalu jaga diri macam yang pari-pari cakap .

dan . . .
sesiapa sahaja yang membca , doa-doakanlah si pari-pari kacak tak akan terus pergi
sebaik sahaja selesai peperangan hari ini .
tadi juga dia ada terbang ke mari .
buat ucapkan saya selamat malam .
betul-betul saya rasa seperti tuan Puteri .
saya rasa saya sayangkan dia .


perang datang , perang pergi .
taetapi ,tolonglah pari-pari , kamu tinggal sahaja dengan saya di sini ya ?
sampai bila-bila
saya tak mahu lihat ada entry pasal kekecewaan saya terhadap awak .
saya cuma mahukan yang indah-indah sahaja bersama awak

saya rasa saya silap



tak baik anak dara berjaga sampai tengah-tengah lewat malam macam waktu sekarang .
bukannya apa , tadi pari-pari tiruan ada datang lagi .
oops . dia tak datang , tetapi saya yang pergi kat dye .

saya tersedar .
memang rasa ini rasa rindu
memang ini rasa suka
tetapi , suka saya , rindu saya itu bersebab
saya rasa macam Tuan Puteri bila dengan Pari-pari Tiruan .
sumpah , belum pernah saya kenal siapa-siapa yang sebaik dia
tak tahu lah pulak kalau baik itu cuma baik di chatbox saja .
rasa hormat awak tinggi melangit .
walaupun awak tak sempurna , saya sudah cukup senang bila dengan kamu , pari-pari kacak . . .

saya rasa saya ailap
awak pari-pari sebenar .
dan bukan pari-pari tiruan .
saya suka awak

awak putera raja saya juga
awak buat saya rasa macam Tuan Puteri .

Saturday, May 21, 2011

menayang itu sememangnya memuaskan [via si kechik netbook free 1 Malaysia]



ini ialah entry  menayang  [via si kechik netbook free 1 Malaysia]
ini ialah entry  menayang  [via si kechik netbook free 1 Malaysia]
ini ialah entry  menayang  [via si kechik netbook free 1 Malaysia]
ini ialah entry  menayang  [via si kechik netbook free 1 Malaysia]
ini ialah entry  menayang  [via si kechik netbook free 1 Malaysia]
ini ialah entry  menayang  [via si kechik netbook free 1 Malaysia]
ini ialah entry  menayang  [via si kechik netbook free 1 Malaysia]
ini ialah entry  menayang  [via si kechik netbook free 1 Malaysia]
ini ialah entry  menayang  [via si kechik netbook free 1 Malaysia]
ini ialah entry  menayang  [via si kechik netbook free 1 Malaysia]

Friday, May 20, 2011

my poor pathetic Merah . . .





ini bukan entry pagi Jumaat atau sempena apa-apa pagi .sila mention ,ini adalah entry khas buat si Merah . what a poor pathetic si Merah . . . . .
sekaligus merangkap entry penghargaan buat superwOman Gunung Pakkiau ,
 Madam Rodiah bt Arub .

tak kurang dalam satu jam tadi , si Merah menangis . dia cuba jelaskan sesuatu . tetapi tiada siapa di situ yang mengerti . tapi yang pastimya , si Merah lagi dalam masalah . si Merah perlu bantuan . dia lemas . kasihan si merah . 

ceritanya , si merah terjunam bersama-sama 'hajatnya' yang sering dilepaskan tiap pagi itu . kasihan si merah. . . 
ya , memang sudah begitu , si merah adalah terlatih dan tidak digalakkan melepaskan hajatnya [yang buruk] sesuka hati dan ikut enaknya sahaja . sebab itu pagi ini si poor pathetic merah mencuba nasibnya di tangki sisa kumbahan dekat belakang tu .

maka si poor pathetic Merah melepaskan hajatnya [yang buruk] itu di tempat yang sangat-sangat-sangat digalakkan untuknya itu .

namun , malang . si Merah terjun bersama hajat-hajatnya [yang buruk] itu . kasihan dia . dia teriak . dia lemas . dan yang pastinya , dia sudah tidak merah lagi . si merah dah macam strawberry choc . nampak sedap [tipu]

maka , nak tak nak , superwOman gunung Pakkiau juga turut terjun bersama-sama si poor pathetic Merah .
h u m m m , sekarang antara superwOman gunung pakkiau [madam Rodiah bt Arub] ,dengan Si poor pathetic Merah sudah sama saja warnanya . Tengkuknya si poor pathetic Merah sahaja yang sempat direntap  Madam Rodiah . si Merah terselamat . *  tarik nafas . semyum . lega .

tangki sisa kumbahan yang menjadi pilihan si poor pathetic Merah yang berumur 1 bulan dan masih kechil  bagi melepaskan hajatnya itu menjadi saksi aksi berani mati superwOman gunung Pakkiau menyelamatkan si Merah .

habis baju kurung merah tua Madam Rodiah . itu kerana sayangnya kepada si Merah yang kechil itu . sekarang ini , madam lagi sedang siapkan breakfast untuk kami [saya,cikgu Wan , si merah , abang si merah(yang masih belum dinamakan) , dan ibu si merah]

tetapi si Merah dan abangnya itu lebih gemar memilih ikan rebus untuk sarapan . lunch juga . begitu juga dinner .
gigi si Merah dan abang si Merah belum kuat .
sebab itu si Merah dan abangnya tak dikasi Friskies lagi .




Tuesday, May 17, 2011

ini entry pagi Wesak Day

salam semua , ini adalah entry wesak day . .
ini bukan entry pagi selasa atau apa-apa pagi pun ,
sila mention , ini adalah entry Wesak Day .

eleh , buat macam saya tahu sangat sejarah wesak day .
lagipun , saya tak nak cakap mengenai wesak day or apa-apa day pagi ini .
ini cuma random post .
cuma luahan isi-isi otak saya ini .

ok , saya belum makan .
semalam panas ! sikit lagi nak meletus perang besar ke-3 !
abah rahsiakan satu benda dari mama !
wah , memang dahsyat . cerin habis saya semalm .
saya cuma masuk bilik kunci rapat-rapat tidur atas katil sambil balut badan dengan komfete tebal princess warna pink saya itu . saya juga terpaksa tipu sunat bahawa enset tada credit jadi mama tak boleh telefon abah untuk maki-maki sebab abah tak ada di rumah malam itu dan talipon mama tak ada credit .
nak tau tak penipuan besar apa yang abah sembunyikan dari mama dan kami semua ?
malam itu , abah prgi Yawata Jitra tak bawa kami semua .
tapi abah tak bagitau . sampailah mama terjumpa ada botol lotion yang baru . kat situ ada tanda harga . dan itu tanda harga Yawata Jitra . . .
patutlah semalam , sebelum abah pergi , abah janji mahu bawa saya pergi shopping Jitra hari ini .
rupanya mahu hilangkan rasaalah dia lah tu .
sepatutnya semalam saya sudah boleh hafal cation dan anion dan juga yang sewaktu dengannya .
tetapi disebabkan buat-buat tidur malam semalam , saya terlena terus dan sedar-sedar sudah cerah dan ada laptop depan mata dan terus start menaip .

oh , ya ! saya baru tersedar , pagi in semua laju !
saya suka waktu pagi . saya sangat ,menghargai waktu pagi .
pada waktu pagi , netwek koneksyen dekat puncuk gunung Pakkiau sangat lah laju .
saya tengok youtube tanpa buffering . sesungguhnya itu memang satu kejayaan besar .
tadi saya login facebook . selalunya saya dapat dalam 15-20 notifications .
tapi . hampa .
pagi ini zerO notifications .

saya tersedar , sejak dua menjak ini kan , pari-pari kacak selalu sahaja penuhkan notifications saya .
keja dia like-like-like-like-like sampai lebam !
semua benda saya post dia like .
semua benda saya tulis dia comment !
tapi , ingat ! dia itu bukan pari-pari kacak yang asli .
itu pari-pari kacak kesepian sahaja .

h u u m m  [hampa]

sekarang , saya lagi menaip dengan laju .
saya juga tak tahu kenapa dari tadi masih dapat menaip dalm kelajuan yang konsisten .
okay, pagi ini memang semuanya laju .
saya ada laptop TOSHIBA cabok yang entah dari mana abah dapatkan pun saya taktau
dekat atas riba saya sekarang ini .
waktu saya rancak menaip dengan kelajuan yang teramat tadi , abang JUan terjah masuk bilik saya tanya abah pegi mana tak balik-balik dari semalam , juan terpana !
dia bukan terpana dengan keayuan seri pagi saya dengan rambut kerinting + kusut masai saya ini ,
tetapi terpana dengan cara saya menaip . sangat laju ! saya juga hairan kenapa laju sangat saya menaip pagi ini .



okayh-okayh , saya nak pergi hafal cation dan anion untuk chemistry .
macam yang saya rancangkan semalam . .
saya juga sedang tunggu abah pulang , untuk bawa saya pergi shopping .
tapi rasanya , tak akan dapat pergi sebab mama sudah merajuk dengan abah sejak malam semalam .
nampaknya hari ini satu lagi hari yang membosankan . .

selamat Babai !



Sunday, May 8, 2011

utusan pari-pari kacak di medan perang

tak kurang dari 2 jam tadi , saya balik dari berperang .
perang itu perang besar . sanagt besar .
tapi kalau bekalan untuk hadapi itu cukup , tak adalah besar mana .
esok juga perlu hadir di medan perang lagi .
katanya untuk esok , lagi dahsyat punya perang !
jadi , sekarang kena sempurnakan utusan ini dengan cepat supaya bekalan untuk besok dapat disempurnakan .

semalam saya resah .
dan tak dapat tidur .
tapi saya diutuskan pari-pari kacak dan kesepian .
hampir saja saya tinggalkan muka buku [fesbUk] , dia pun terbang ke mari .
di situ , dia ada beritahu perkara yang perlu saya lakukan untuk tidak tension-tension .
pari-pari kacak dan kesepian itu juga akan pergi berperang .
tetapi dia relax-relax saja .
kasihan dia . kantung sekolahnya ada di sekolah . katanya , nama saja kantung sekolah ,
terus,mesti la kena duduk di sekolah . . .
saya amat bangga dengan peri-peri kacak dan kesunyian .
hum m m m m . saya lega sedikit .
terima kasih daun keladi , pari-pari kacak dan kesunyian  : ]
dia sudah janji mahu pergi candlelight dinner kalau saya dapat A dlm P.Islam .
tapi , cuma makan kacang panjang saja  =,= '

tadi juga dia ada terbang sini .
dia tanya pasal perang hari ini . saya jawab saya tewas teruk !
pari-pari cakap jangan sedeh-sedeh . ini baru form 4 .
form 5 nanti lagi dahsyat .


saya perlu buat persiapan untuk perang besar yang seterusnya .
selamat babai . doakan saya untuk perang-perang yang akan datang juga .
selamat babai sekali lagi ! 
 |^_^|V    pEacE !