CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, May 22, 2011

perang datang , perang pergi ,




perang besar baru sahaja habis .
hari terakhir perang ini sangat besar dahsyat .
banyak kali saya lari dari musuh .
banyak yang saya tinggalakn saja cabaran yang ditujukan untuk saya .
saya rasa kali ini paling teruk .
memang sangat teruk .

okay , sekarang kita buat laporan sepanjang peperangan besar bernama Mid-year-Examination ini ya . .
persediaan peperangan dibuat semasa tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum hari perang ,
maka bila tiba hari penting itu , saya gelabah .
gelabah tahap . . em , tahap . . gelabah tak ada tahap !
diduga dengan filem-filemHindi di channel Zee .
serius , yang itu memang saya tak boleh tahan .
setiap malam , saya perlu tidor lewat .
sebelah pagi pulak saya akan bangun lewat .
sebab tak cukup kekuatan kerah tenaga buka mata
maka setiap hari , saya akan tiba lewat ke sekolah .
[sebenarnya , setiap hari saya lewat]
maka perlu berkalut-kalut semasa bersiap ke sekolah .
tak sempat pakai gincu , pembayang mata juga tak sempat , apa lagi maskara .
=.='
sebab itu masa hari-hari peperangan , muka saya itu pucat lesi tak berseri
tetapi saya bertuah .
betul , memang saya sungguh bertuah sekali .
itu kerana saya telah diutuskan seorang Pari-Pari kacak
buat menemani dan menyokong every single thing i do
stiap malam ketika saya lagi melawan rasa mengantok semasa baca buku ,
pari-pari itu akan terbang ke sini dan menyapa saya dengan sungguh-sungguh-sungguh mesra sekali .
saya fikir sebelum ini saya sudah cukup kenal dengannya ,
saya fikir dia itu buruk sangat .
in fact , cuma dia yang menemani saya sewaktu sedang resah .
sewaktu rasa seperti nak mati .
saya rasa saya suka . saya rasa saya rindu .
saya suka dianggap seperti Tuan Puteri .
tuan puteri mesti selalu senyum . tak boleh selalu sedih .
kena makan secukupnya . makan sebelum pukul 9.00 malam .
janganlah study sampai tak sempat nak makan .
tidor kena awal sikit dari selalu .
jangan risau nanti pari-pari doakan tuan puteri akan menang dalam peperangan .
makan sedikit sebelum tidor nanti , jangan pula lupa baca doa sebelum tidur .
nanti , insyaallah . kalau tuan puteri berjaya , pari-pari dan tuan puteri akan sama-sama tanam kacang panjang . iayalah , kacang . se'kacang' soalan-soalan itu semua .
sebab itu tuan puteri mesti jaga kesihatan juga supaya dapat hadapi perang dengan semangat .

jka dilihat , banyak indah dari duka kan ?
saya rasa saya patut simpan dan kunci ketat-ketat yang indah
buang jauh-jauh ikat dengan bom dan baling yang duka .
yang penting , mesti selalu-selalu jaga diri macam yang pari-pari cakap .

dan . . .
sesiapa sahaja yang membca , doa-doakanlah si pari-pari kacak tak akan terus pergi
sebaik sahaja selesai peperangan hari ini .
tadi juga dia ada terbang ke mari .
buat ucapkan saya selamat malam .
betul-betul saya rasa seperti tuan Puteri .
saya rasa saya sayangkan dia .


perang datang , perang pergi .
taetapi ,tolonglah pari-pari , kamu tinggal sahaja dengan saya di sini ya ?
sampai bila-bila
saya tak mahu lihat ada entry pasal kekecewaan saya terhadap awak .
saya cuma mahukan yang indah-indah sahaja bersama awak

No comments:

Post a Comment