CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, November 2, 2011

laporanPerangBesar::VersionAngan-angan | VersionKenyataan




ini hari akhir perang . tak kurang dari dua jam tadi , perang besar telah tamat dengan tak berapa nak jayanya dan tanpa jaminan bahawa akan menang dalam perang kali ini .
maka masing-masing berbondong-bondong keluar dari medan perang dengan muka sakit perut dan muka tak puas hati . ala-ala terkandas dalam  tandas setelah melabur selama 50 minit sebab dapat sembelit . ramai bala tentera yang tewas . saya juga tewas teruk . walau sekolah dah bagi masa untuk atur strategi baru selama 4 hari pun masih jugak wat dunno  .
jadual perang yang nampak seakan bangang itu rupanya tersangatlah cantik lagi bernas  jika diperhatikan semula.
perlu baca benda yang sama selang beberapa hari . hasilnya , baru ingat lama sikit , baru faham lebih sikit . kan betul , what the old man does is always right .




ini laporan tentang perang besar version angan-angan dan juga version kenyataan ::


Version 1

saya tidur lewat malam dan bangun awal pagi untuk baca buku .
saya tak berlelah-lelah rabat tangga ke kelas 6r2 untuk bertemu Enchek S . maka boleh balik awal dua jam dari selalu .
tenaga untuk berlelah-lelah rabat tangga itu saya simpan untuk berjaga pada sebelah malam . 
tiap hari selepas balik sekolah saya akan terus capai tuala dan terus ke bilik mandi . saya tak akan jeling talibesyen walau seinci . selepas solat saya akan lunch 15 minit tanpa bising-bising atau bertekak dengan madam Rodiah lagi . netbook ini saya simpan dalam almari. saya selak setiap helaian buku dengan penuh konsentrasi dan penuh minat . saya juga hafal semua formula fizik tanpa rasa jemu . saya serah henpon pada madam Rodiah atau cikgu Wan untuk diorang simpan . novel-novel Ramlee Awang Mursyid bertajuk Cinta suff dan sutera bidadari yang baru beli satu hari sebelum perang itu saya biarkan terbalut sempurna dalam plastik . saya deactive account fesbuk dan berhenti post entry baru untuk belog . saya bangun sepertiga malam unutk buat solat sunat hajat dan solat sunat tahajjud . sebelum langkah ke pagar sekolah , saya cium tangan Madam Rodiah dan minta ampun serta pohon restu  . saya bersiap-siap 10 minit saja tanpa baju di-iron rapi tanpa bedak tertampal dimuka . juga nude lips .



Version 2

saya tidur lewat malam dan bangun macam biasa .
saya rabat tangga ke kelas 6r2  untuk beritahu bahawa saya tak akan kesana sepanjang 3 minggu itu . pada esok hari , saya rabat lagi tangga itu . kalai ini bukan unutk bagitahu apa-apa tetapi saja-saja .
saya pulang dari sekolah pukul 3 petang . selepas balik , saya duduk di depan tivi sambil makan nasi 20 minit . sempat juga bertekak dengan mada Rodiah sebab pulang lewat . saya terlelap sampai pukul 5 petang . saya mandi dan selak helaian buku yang mana dirasakan perlu sahaja . saya habiskan dua buah novel dalam waktu empat hari . jam 10 malam saya akan berkongsi cerita Cinta Suffi dan Sutera Bidadari dengan Enchek S .
sempat jugak post entry baru pasal hari-hari perang yang berlangsung . hari ke-5 perang saya keluar ke Jitra Mall dan pulang sebelah malam . hari 7 perang terpaksa teman Madam Rodiah sama cikgu Wan ke perlis . juga pulangg sebelah malam . lewat malam . saya cuma makan sekiranya ada masa , hasilnya saya mampu sarung jeans lama yang dahulunya sering saja tersangkut pada bumper yang menyakitkan mata dan hati  . fesbuk menjadi peneman dikala kesunyian sewaktu buat revision pada sebelah malam . Saya juga bantu madam Rodiah masak untuk kenduri di rumah atok yang berlangsung selama dua hari dua malam Jumaat dan Sabtu . terpaksa berdiam-diam kan diri di tingkat atas rumah atok tanpa manusia lain . maka saya pun turun semula sambil berlari-lari anak ala-ala dikejar toyol kaki pendek yang lari tak berapa laju . karut . saya luangkan 40 minit bersiap-siap ke sekolah . tampal foundation bersama bedak . palit sedikit lip balm dan breakfast . oh , terlupa pula . pembayang mata dan maskara masih belum . cuma bersalaman dan kiss pipi madam Rodiah . tak sempat bersalaman dengan cikgu Wan yang masih dalam bilik air pada jam 7 pagi .




mana satu version angan-angan ?
mana satu version kenyataan ?
mana-mana pun boleh . sila pilih ikut suka .
 

No comments:

Post a Comment