CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, May 17, 2011

ini entry pagi Wesak Day

salam semua , ini adalah entry wesak day . .
ini bukan entry pagi selasa atau apa-apa pagi pun ,
sila mention , ini adalah entry Wesak Day .

eleh , buat macam saya tahu sangat sejarah wesak day .
lagipun , saya tak nak cakap mengenai wesak day or apa-apa day pagi ini .
ini cuma random post .
cuma luahan isi-isi otak saya ini .

ok , saya belum makan .
semalam panas ! sikit lagi nak meletus perang besar ke-3 !
abah rahsiakan satu benda dari mama !
wah , memang dahsyat . cerin habis saya semalm .
saya cuma masuk bilik kunci rapat-rapat tidur atas katil sambil balut badan dengan komfete tebal princess warna pink saya itu . saya juga terpaksa tipu sunat bahawa enset tada credit jadi mama tak boleh telefon abah untuk maki-maki sebab abah tak ada di rumah malam itu dan talipon mama tak ada credit .
nak tau tak penipuan besar apa yang abah sembunyikan dari mama dan kami semua ?
malam itu , abah prgi Yawata Jitra tak bawa kami semua .
tapi abah tak bagitau . sampailah mama terjumpa ada botol lotion yang baru . kat situ ada tanda harga . dan itu tanda harga Yawata Jitra . . .
patutlah semalam , sebelum abah pergi , abah janji mahu bawa saya pergi shopping Jitra hari ini .
rupanya mahu hilangkan rasaalah dia lah tu .
sepatutnya semalam saya sudah boleh hafal cation dan anion dan juga yang sewaktu dengannya .
tetapi disebabkan buat-buat tidur malam semalam , saya terlena terus dan sedar-sedar sudah cerah dan ada laptop depan mata dan terus start menaip .

oh , ya ! saya baru tersedar , pagi in semua laju !
saya suka waktu pagi . saya sangat ,menghargai waktu pagi .
pada waktu pagi , netwek koneksyen dekat puncuk gunung Pakkiau sangat lah laju .
saya tengok youtube tanpa buffering . sesungguhnya itu memang satu kejayaan besar .
tadi saya login facebook . selalunya saya dapat dalam 15-20 notifications .
tapi . hampa .
pagi ini zerO notifications .

saya tersedar , sejak dua menjak ini kan , pari-pari kacak selalu sahaja penuhkan notifications saya .
keja dia like-like-like-like-like sampai lebam !
semua benda saya post dia like .
semua benda saya tulis dia comment !
tapi , ingat ! dia itu bukan pari-pari kacak yang asli .
itu pari-pari kacak kesepian sahaja .

h u u m m  [hampa]

sekarang , saya lagi menaip dengan laju .
saya juga tak tahu kenapa dari tadi masih dapat menaip dalm kelajuan yang konsisten .
okay, pagi ini memang semuanya laju .
saya ada laptop TOSHIBA cabok yang entah dari mana abah dapatkan pun saya taktau
dekat atas riba saya sekarang ini .
waktu saya rancak menaip dengan kelajuan yang teramat tadi , abang JUan terjah masuk bilik saya tanya abah pegi mana tak balik-balik dari semalam , juan terpana !
dia bukan terpana dengan keayuan seri pagi saya dengan rambut kerinting + kusut masai saya ini ,
tetapi terpana dengan cara saya menaip . sangat laju ! saya juga hairan kenapa laju sangat saya menaip pagi ini .



okayh-okayh , saya nak pergi hafal cation dan anion untuk chemistry .
macam yang saya rancangkan semalam . .
saya juga sedang tunggu abah pulang , untuk bawa saya pergi shopping .
tapi rasanya , tak akan dapat pergi sebab mama sudah merajuk dengan abah sejak malam semalam .
nampaknya hari ini satu lagi hari yang membosankan . .

selamat Babai !



No comments:

Post a Comment