CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, May 7, 2011

J A U H . . .







saya lagi masih tidak faham dengan perasaan ini .
entah rasa apa yang sebenarnya mahu dia tunjukkan juga sya tak faham-faham .
saya cuma sunyi . lagi banyak bercakap dengan dia , maka makin tinggi melangit lah
rasa sunyi itu .
sememangnya rasa sunyi itu tak menyeronokkan .

di waktu saya lagi mahu mengubat rindu ini , kamu sudah pun mahu pergi .
rasa ini bukan rasa yang asing .
ini perkara biasa .
tetapi ianya bkan lagi perkara biasa bila rasa ini disimpan untuk
seseorang yang seperti kamu .

saya pernah membenci diri saya sendiri untuk prkara-perkara mcm ini .
mengapa saya sering juga simpan rasa untuk perkara yang terlalu mustahil.

Yang membuatkan saya terus menyimpan rasa ini kepada kamu adalah kerana dirasakan 'mustahil' itu tdak pernah wujud .

kita terlalu jauh .
ya , awak dan saya terlalu jauh .

saya memang sedar akan itu .
tapi kerana hilangnya rasa 'mustahil' itulah yang membuatkan saya lupa akan jarak antara kita .

saya sedar dan sangat-sangat sedar .



oleh itu , saya minta . bila saya sudah mampu untuk tidak membangkitkan soal
jarak pemisah antara kita itu , mengapa pula tidak mampu bagi kamu ?
saya benci memikirkan jarak pemisah ini .
benci . terlalu benci !

sememangnya itu sangat sakit !
sakit apabila rasa sayang yang ditanam secara mendalam itu dirasakan tidak perlu bagi dia .
sakit apabila mengetahui alsannya hanya kerana jarak .

tapi , kau tetap juga datang .
tetap juga memperdengarkan kata-kata sayang yang diri ini dahagakan .
tetap juga menggunungkan harapan .
tetap juga seperti di awal perkenalan kita satu masa dahulu .
tetap juga menjaga hubungan itu .
dan . . .
masih juga tetap mengukur jarak pemisah antara kita berdua .
kalaulah kamu sedar ,
walaupun kita jauh , itu bukan atas kehendak kita berdua .






bukannya kita tidak ditakdirkan bersama
bukan juga kita bersembunyi
cuma bumi ini berputar
dan bawa saya jauh dari kamu

melihat kamu bahgia sepatutnya juga membahagiakan saya .
namun , saya lemah . terlalu lemah .
melihat orang itu memiliki cinta kamu sepenuhnya tanpa keraguan itu
sesungguhnya amat seksa sekali .

sememangnya dia sangat bertuah memiliki kamu .
sangat bertuah kerana 'keraguan' itu tidak pernah dirasakn oleh dia .



Dan . . tuah itu tidak akn pernah menjadi milik saya .

No comments:

Post a Comment