CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, July 23, 2012

Belog berhantu




Assalamualaikum , salam Ramadhan semua
lama kemain dah tak update belog . sory la buat korang rindu rindu terok kat itew .
wah , berlagak follower lebih 40 orang gituu . cakap pasal follower,gua surrender wa cakap lu .
follower aku baru je 14 orang . dengan nada bangga wa cakap lu . dah tiga tahun wa berblogging , penat wa follow belog orang tapi hampeh . jangan mudah percaya bila ada lidah-lidah manis bersuara " follow yer , i will follow yours back " . Puiiii !

okay okay okay . sekarang bukan waktu tagih simpati . sungguh aku cakap , belog ni berhantu okay .
kurang lebih 10 minit lalu aku bebel-bebel , hempuk-hempuk dan marah-marah . Google tak bagi aku sign in belog . Dah napa dengan Google tak puas hati dengan aku dah hampir dua bulan lebih dah . Uhmmm . *merajuk tahu ? tapi macam tahu tahu ja waktu aku betul-betul perlu tempat mengadu , boleh je aku bukak belog ni . jadi tak hairanlah asal update je blog , nahhh , entry sedih jugak yang keluar . bukak je belog , awan mendung . dah macam belog orang mati layaknya ..tsskkk..tsskk.. 


kurang 10 minit tadi jugak , aku muncung-muncung , mengadu macam-macam dekat budak Sobri tu . aku cakap aku sunyi , aku rindu , aku bosan , aku itu , aku ini ..macam macam aku ngadu . aku ngadu belog buat hal . dah lebih dua bulan . aku cakap dah lama aku tak menulis , jadi rindu pulak . guess what ? budak tu bagi 
aku email dan password belog dia dekat aku . kata dia , guna ja belog dia , update je ape pun . wah , ini hebat ! 

Ahahaha ..tak lama lagi entah password apa pulak ko nak bagi kat aku kan . betul lah , dari awal dulu lagi , tak rugi kalau aku mengadu kat kau :')
tapi kan , kenapa aku cakap belog ini berhantu . lepas budak tu bagi je password belog dia , terus belog ni dah boleh dibukak . maka berdouble ganda lah happynye aku . aku tak fikir banyak apa ,bagaimana , diamana , dan mengapa ia berlaku . 


sekarang aku menaip laju . lepas je budak Sobri tu mintak berhenti mesej kejap terus aku capai keyboard  dan taip dengan kelajuan maksima dengan earphone CSL terlekat di telinga sambil terhenjut henjut kepala layan lagu part of me dari katty perry yang dari tadi tak jemu jemu menyanyi untuk aku . 

oh , ya . bercakap soal Katty Perry . Rabu lepas aku perasan jadi Katty Perry kejap kat atas stage dengan lagu The One That Got Away for english week . sorang sorang okay . malu doh ! perkara kedua tergila yg pernah aku paksa diri untuk buat  selepas naik roller coaster di Time Square bulan lepas *eh,kira lasak jugak la tu . panjat Gunung Baling yang super duper extreme tu jatuh tempat ketiga untuk tahun ini


just imagine macam mana aku rabat gunung yang berbatu dengan kasut yang dah  ternganga tapak die . perghhh . macam nak nangis wa cakap luuuu . tsskkk..tsskkk..nasib baik ada Tn.Hj.Shukri . dia hero aku okay . tak penah-penah pun aku berbual dengan dia sebelum ni . bayangkan , atas gunung berbatu batu yang bapak punya panas , sanggup tn.hj pusing pusing cari tali untuk aku ikat tapak kasut aku yg dah nak tercabut tu . aku tanya dia , mana dia dapat tali macam ni kat atas gunung nih ? 
selamber ja dia cakap , " saya turun kat kedai bawah tadi tu belikan tali kat awak " Hahaha . dah tu oleh sebab aku terlalu penat waktu tu , dia tolong ikatkan tali tu untuk aku . wahhhhh . gentle giler Tn.hj waktu tu wa cakap luuuu . aku ingat lagi dia cakap , "aii , kasut BUM pun boleh tekeluar tapak ?

 " aku cakap kat dye , aku dah tawan tiga buah gunung dengan kasut ni . Hahaha 
nak harapkan budak Sobri tu bantu aku ? cetttt ..hari tu dia tewas . aku tinggal dia jauh giler kat belakang . *aku tak terima alasan "fasi  kene jaga budak-budak lain yang kat bawah" Hahahaha . amek kau . gigih sangat bela perut . kan dah berat nak heret :p


bercakap soal earphone CSL tadi , lupa pulak nak mengadu kat budak Sobri tuh pasal earphone CSL dia yg aku guna nih dah rosak . cuma boleh sumbat sebelah telinga ja . yang sebelah lagi dah remuk *dengan suara yang sungguh innocent.
bukan salah aku kalau dah abah tak suruh aku cepat cepat siap naik kereta pegi sekolah pagi tu . bukan salah aku kalau tertinggal purse , then aku pun lari masuk bilik dengan kasut sekolah , dan dalam keadaan ' genting ' tu , aku terpijak earphone kat atas lantai . terbonjol wayar wayar hijau yg di dalam dia . kasian sangat . tragis je kejadian pagi tu . Sobri .. aku nak earphone baru . tak pun , bagi je earphone yang kau ada skang . kau kan dah ada headphone .  *nyehnyeh , suka sangat buat kau rasa bersalah cenie .



hurmm , kalaulah sempat aku bergambar moment aku panjat gunung dengan kasut yang dah ternganga , moment naik roller coaster , dan moment melalak berlagak gaya Katty Perry kat atas stage kan bagus ..
sobri..aku nak kamera ! *nyehnyehnyeh  
 

No comments:

Post a Comment