CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, November 28, 2010

Mengintai Cinta Khalifah...

assalamualikom...
awin x tau nak buat apa la... boring sesangat time nieh..mama x da..dr pagi td..hoummmmm.. naseb baik ada mr.blogGy.. tangan nie dh gatal sesangat nk tulis untuk new post,tapi..ntah! x tau pulak nak tulis apa......
    then,dalam awin jauh berangan pasal citer novel yang awin baru abes baca niehh..trlintas pulak nak share apa yang dah awin baca... Mengintai Cinta Khalifah...17 rm jewww..hahaaa...novel ilmiah yang mengisahkan kisah percintaan remaja... for me,novel nie boleh membuka mata semua remaja skarang nie yang "menceburkan diri" dalam bidang cintaN2 niee...kalau lah awin mampu,tringin sangat nak copy semua isi novel nie.. slalu jgak share novel nie dengan cuz0n2... anatra part yang awin suka ....... bila hero dya tulis surat untuk heroin yang pernah curang dengan hero nie waktu dya belajar d mesir..dgn harapan untuk menjadi seorang khalifah yang memberikan heroin tuu 'cinta sebenar' yng akan dipimpin hingga ke syurga...ahhhhhh..syurga cinta la katakannnn..hero dyer Imran..Imran Jazimin...heroin dyer plak,Laila... dalam satu surat yang imran tulis untuk laila....
  
           laila,
       jangan sesekali engkau memetik bintang cinta dari langit kegelapan,lalu engkau sematkan ia dalam hatimu yg majhul hakikat,kerana ia membawamu ke lubang zulmat.Jangan sesekali engkau menyeru kata rindu tanpa kefehaman dan melagukan mantera kaseh tanpa tujuan,kerana ia menjadi taufan yang meruntuhkan tugu keperibadian yang sedia berdiri di atas tapak pekertimu.Cinta itu seperti titisan hujan yang perlu ditadah atas piring AGAMA hingga memahamkan dirimu hakikat tuhan.Ia perlu difahami dan diselami dengan satu erti-seertinya....
        
          Laila,
       cinta itu satu misteri yang hanya mampu dibiaskan oleh Nur Ilahi..Hanya yang mengerti amanah khalifahtullah akan mampu mengutip nur Ilahi dan menyelamatkan manusia dari kebutaan cinta nafsu. Dan seharusnya setiap lelaki,menanai pekerti al-khalifah dan menatang cinta yang terkelarai dalam wadah kebenaran.Baharulah nur Ilahi akan menarangi setiap cebisan rindu,setiap keluhan resah ,setiap sekelumit kasih yang menggugur dalam jiwa manusia.Mudah-mudahan segala sengsara  duniawi yang terhasil dari mimpi2 manusiawi akan mampu diusir jauh dari realiti..


         Laila,
      jika engkau benar2 mahu bahagia,intailah cinta yang tersembunyi dalam kamar hati al-khalifah.Jika bisa engkau rebut ia dengan kekuatan engkau,capailah semahunya.Mudah-mudahan resah yang engkau tanggung,pilu yang engkau usung,pedih yang menghurung,akan sirna dari lubuk kalbu lalu engkau peroleh DAMAI ABADI.......                             


  haaa..tulah surat yang imran beri kat laila..waktu tuh,imran dah simpan hati dya untuk wanita lain..bukannya laila lagi dah..sbab laila waktu tu dah janda ponn..dia cerai sebab x bahagia dgn suami dya iaitu lelaki yang mnjadi kekasih dya waktu dya mencurangi imran........huh!..imran tulis surat nie untuk laila bila lalila meminta pertolongan dari imran untuk bangun semula selepas bencana yang melanda rumah tangga dya..imran nasihatkan laila mencari seseorang yang lebih baik dri bekas suami dya...
hurmmm...nie lagi haaaa...
kita tidak perlu mengejar cinta manusia,sebaliknya Islam menekankan supaya setiap individu mempertingkatkan kualiti akhlak dan amal ibadat. Apabila akhlak terbentuk,manusia akan pandai berkasih sayang. Akhlak dan ibadat ini jugalah yang akn menghadirkan cinta hakiki dalam hidop sesaorang. Lagipon Islam lebih mementingkan kesucian hubungan lelaki dan wanita sebelum berkahwin..Agar anak yang bakal dilahirkan itu akan menjadi insan yang soleh dan bertakwa.."    wah2...dah masuk soal anak la pulakkk...hehheeee yalah..ingatlah kaum adam,ibu kepada bakal anak perlu dipilih hati-hati.Bukan main tangkap muat jeww..kerana itu lelaki perlu belajar ilmu yang sahih.DEngan ilmu itu,dia akn pandai menilai berlian dari yang kaca..Hanya jauhari yang mengenal manikam.Hanya yang alim akan mengetahui ciri2 isteri solehah . Jika seseorang lelaki jahil agama,bagaimana dia akan tahu gadis yang bakal dipilih itu baik ataupon tidak?..Andai lelaki itu tidak pernah tahu apa kewajipan agama,bagaimana dia akn sedar samada gadis itu menjaga agamanya ataupun tidak?..apatah lagi selepas berkahwin,dia perlu membimbing isterinya supaya menjadi khalifah jika dia sendiri jahil..??
  kst sini.ada satu kisah..adapun nama tuan punya kebun epal itu ialah Abdullah bin Saumai,dia seorang wali yang terkenal di Gilan iaitu sebuah daerah di Parsi. Beliau dari keturunan Hussain iaitu keturunan cucu Rasulullah.Pemuda soleh yang termakan epal itu pula namanya Abu Soleh.Manakala puteri Abdullah Saumai itu bernama Ummu Khair Fatimah..
     ringkas ceritanya begini,apabila Abu Soleh termakan epal yang hanyut itu dia segera mencari tuan punya pohon epal tersebut untuk meminta maaf supaya dihalalkan buah yang dimakannya.Ketika bertemu dengan tuan kebun epal iaitu Abdullah Saumai,dia diberi dua syarat.Jika benar dia mahu buah epal itu dihalalkan dan terlepas dari dosa , maka Abu Soleh perlu menerima dua syarat itu."Mahukah awak bekerja di kebun saya selama 12 tahun tanpa upah? Kemudian berkahwin dengan anak gadis saya yang pekak,kudung,buta dan bisu?"..
 Pemuda itu bersetuju kerana dengan menerima dua syarat itu dya akan terlepas dari memakan maknan haram.Dari situlah Abdullah Saumai menyedari betapa kuatnya iman Abu Soleh."Demi sebiji epal dya sanggup bekerja denganku selam a12 tahun tanpa dibayar upah dan menikahi anakku yang pekak,buta dan bisu!!"...Akhirnya pada hari perkahwinan Abu Soleh dan puteri Abdullah Saumai itu,dia terkajut melihat bakal isterinya yang rupawan.sempurna anggota tubuh badan dan sihat!..Abu Soleh bertanya kepada Abdullah saumai "adakah itu isteriku???"
Lalu Abdullah menjawab,'Iya.Pergilah kamu kepada isterimu..Yang ku maksudkan pekak ialah aku telah mengharamkan telinganya mendengar yang lagha. Yang aku maksudkan dengan buta itu ialah aku mengharamkan matanya melihat maksiat dan aku maksudkan bisu itu adalah aku mengharamkan lidahnya bertutur perkara yang mungkar. Pergilah engkau kepadanya,dia memang isterimu yang sah'.
 hasil perkongsian hidup Abu Soleh dan Ummu Khair Fatimah ini,lahirlah seorang zuriat bernama Jalaludin As-Sayuthi yang menjadi imam di zamannya.Dia juga seorang wali yang mahsyur.Lihat,inilah contoh percintaan dalam islam yang patut diketahui oleh remaja macam kite.........

aduiyah.....lenguhsss suda belakang nieh...banyak lagi yang best2...lain kali jew la kay... ambil iktibar dari kisah diatas...jgn sia-sia kan awin yang bertuskus-lusmus menaip text nie yewww..baik...
Assalamualikum..

No comments:

Post a Comment