CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, May 26, 2012

not for now




i dont wish to be in any relationship for now . That's all .
aku taknak tengok kita gaduh lagi , tarik muka sana sini , merajuk itu ini , itu saja .
tambah lagi bila banyak mulut mulut suara sumbang cakap itu ini pasal kau . entah kenapa ada saja yang salah di mata mereka kan sayang kan . honestly , aku muak dengan semua ini . aku muak fikirkan soal hati orang lain yang tak bagi apa-apa unutng seposen pun . tambah lagi bila semua masalah disebabkan kecuaian aku sendiri .
teruk lagi bila sedar akan hakikat bahawa  segala kepercayaan , kesetiaan dan pengorbanan selama hubungan ini masih belum cukup bagi kau . kau bilang aku tak pernah pentingkan perasaan kau . okay, itu memang sakit.
memang betul lah tu , perasaan sayang aku pada kau tak pernah ubah walau sedikit .
cuma , aku tak mahu tengok kau terseksa lagi dengan masalah masalah yang aku sendiri hasilkan .
dan aku pun tak rela lagi tengok diri sendiri terseksa .
kejam sikit kalau aku cakap hubungan ni tak ke mana kalau berterusan macam ni .
aku mahukan hubungan yang lebih matang . bersama kau , bukan orang lain , bukan .
malam itu , bila aku cakap mulai sekarang kita buat haluan masing masing , aku tahu kau sedih .
dan mungkin juga kau fikir this is just another episode of pertengkaran yang selalunya tak lebih dari 10 minit , macam malam-malam sebelumnya .
aku juga tertanya tanya . tapi , malamitu , aku ketepikan emosi , baran serta ego aku .
aku letakkan diri aku dalam hubungan ini pada beberapa tahun akan datang . 
dan aku tahu ini keputusan terbaik .
kami masih lagi berhubung , dating ; ) , gelak terbahak sana sini dan making joke with each other .
we still love each other 
cuma bezanya sekarang , aku takkan pernah merajuk for those petty things lagi , kau tak perlu kerah tenaga kau unutk pujuk aku , kita tak perlu bergaduh lagi ,  dan anggapan cikgu cikgu pada kau pun akan jernih kembali , insyaAllah . dan kejam sikit kalau aku cakap aku pun tak perlu kerah diri aku untuk jaga perasaan banyak orang  dah . ya , aku penat , and i need a cure . itu saja .
and yet , kita still ber-sayang dan ber-bie . *sengal sikit , sorry  , hahahaha
prinsip aku dari dulu , aku bercinta bukan untuk putus .
tapi aku tak sanggup tengok diri aku dan dia terus sakit seperti ini .
aku tahu , ini jalan terbaik . 
kau pernah tanya aku , ' kita sekarang macam mana ? '
dan kata aku , aku tak tahu , tapi aku suka macam ini : )
ape ape pun , 11-monthlyvassary 3 hari akan datang tetap aku nak celebrate jugak ! ahahaha .








Thursday, May 10, 2012

Aku baik baik saja :')




 Nak tahu ? aku pandai mengayat . tapi dalam phone saja .
bila dia merajuk , kejap je aku pujuk dia dah baik . Tak susah pun nak jaga dia ni :D
tapi
Gerun waktu aku tengok dia marah .
memang padan dengan muka aku pun . aku tahu aku banyak buat masalah dekat dia .
aku tahu , sejak awal lagi , disebabkan aku , banyak mulut-mulut jahat yang cakap buruk buruk pasal dia .
sehingga hari ini , mulut mulut itu tak pernah penat .
Serius , gerun aku tengok dia marah .
kalau dalam henpon , boleh lagi aku pujuk atau tenangkan dia .
tapi bila depan depan , dengan nada suara dia yang seolah-olah macam dah penat melayan aku ,
yang seolah-olah macam aku ada buat kesalahan besar ,
aku mampu diam saja . tadi pun dia ada marah .
aku terkejot . takut . dan tak sanggup nak terus dengar suara marah dia . 
terus aku off henfon
aku ingat lagi hari itu . 
suara aku tak cukup kuat . dia tak dengar apa aku cakap kemudian 
dia marah marah  tengking aku . 
padan muka aku . memang dah banyak kali aku buat orang marah sebab suara perlahan aku .
aku tahu , banyak orang tak puas hati , aku tahu .
tapi , tak mengapa . itu perkara kecik kecik sahaja :') aku masih lagi okay . betul .
sungguh . aku memang suka cari gaduh , tapi tak pandai nak gaduh .
kan aku dah cakap , aku ni lemah orangnya .
aku tahu , semuanya tak mungkin sempurna seperti yang aku harapkan .
 kekadang , aku berterimakasih besar besar pada dia .
sebab pernah uji aku dengan ujian yang buat aku rasa aku cukup hebat sebab dah berjaya hadapinya semasa 1 bulan 1 hari kami bersama :')
Ujian itu ajarkan aku supaya lebih tabah untuk aku hadapi ujian ujian yang entah ape ape sangat lah ni kan .. Hehehe .
 
 




dan aku bersedia untuk ujian yang seterusnya

 
 








Thursday, May 3, 2012

Kosong

Hye,entah apa pulak aku nak karut kali ini selepas berbulan-bulan Blogger merajuk apa ntah dengan aku . 
Hurmm , selalu sangat buat perangai dengan itew . 

Seperti biasa , aku datang kala jiwa serta otak aku kosong .
Otak ni .Dah tak tahu nak pikir apa dah .Tak tawu nak layan dah .Tak tawu nak pujuk macam mana dah .
*sigh .
Another perang besar just around the corner .Ah , bukan itu yang aku mahu cerita .

Tahu ? Aku perasan , kekadang aku terlalu kejam .Aku sedar, seringkali aku menjadi keutamaan dia. 
Setiap rajuk aku tak pernah sia-sia. 
*Hikhik. Suka. Nampak tak perangai tak hensem di situ?
Namun
Seringkali jugak aku dengar , " biar merajuk sekarang , dari hati terus sakit dan hilang ikhlasnya.. "
Dia terlalu innocent .Katanya dia cinta .Katanya juga,takkan dia hentikan apa yang sudah dia mulakan .
*sigh . Hurmm . Kosong .