CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, November 23, 2011

ciput -.- "




dapat Katty Perry sejuk-sejuk waktu hujan macam ni pun best jugak .
apa lagi kalau dapat taylor swift . tak pun Nera AF9 pun sudah cukup .
tak perlu semua itu , sebab sekarang ada lima wanita Korea kiut-miut comey lottey tapi tak perasan pulak berapa orang
mungkin lima , mungkin enam , tak henti-henti nyanyikan lagu Starlight Moonlight buat Sang Ratu Soffina .
oh , lama betul tak berangan diri sendiri sebagai Sang Ratu Soffina , sebab jarang-jarang
datang conteng belog . temapt mana lagi yang nak terima saya berangan tinggi-tinggi 
jadi sang ratu . HEHE .
ok ok , saya janji , kali ini tak ada lagi kisah laksamana Sunan ataupun mana-mana kisah
sedih antara saya dengan sesiapa lagi . kasian . buka saja belog , awan terus mendung .
adakala rasa macam buka belog orang mati . ataupun belog berhantu . belog berhantu pun tak sunyi
macam ini .

betul . sunyi sangat . nasib si standing alone belog , camni lah kan . 
 ada tak mana-mana silent reader nak datang tegur ke . . yang sudi rugikan 
beberapa joule tenaga jari untuk datang jenguk awin ke .


urmmm   -.- " 

merajuk ni tahu tak ?!




awin cuma berjanji dengan laksamana hati awin untuk tak merajuk merajuk
kalau tak ada sebab . tapi masih boleh merajuk kalau sudah dua tahun berblogging .
baru 12 orang follower . tolak 2 . jadi 10 .
sebab salah satu tu awin sendiri yang follow blog awin sendiri .
nampak deseprate sangat .
dan lagi satu pulak hasil dari pencerobohan masuk ke blog Enchek Sobri dan 
follow belog cara . saya . cara . biasa . biasa . saja .
 kejam sikit . betul , mana kejam sangat pun . sikit tu ada lah .
tu lah . sapa suruh tak signout lepas guna netbuk orang .
e r r , minta maap Enchek Sobri : )
atoto . . tak chumel lah marah-marah macam tu . tenyuuuummmm ciket .
-.- " hehehehehehehe


motif entry kali ini tak lebih tak kurang entry raih simpati sebab bilangan follower
yang seciput . 
oke , sekarang nak sambung layan lima wanita korea kiut - miut yang
tak henti-henti terloncat- loncat nyanyi lagu Starlight Moonlight dan buat hati rasa macam nak gigit sorang-sorang wanita-wanita kiut nie sampai kenyang .

buhbye silent readers dan penye-talk penye-talk tercinta sekalian .
teruskan menye-talk . seseungguhnya setalk men-setalk itu
amalan mulia : )
-.-"







perasan tak ? banyak smiley blur dalam entry kali ini 



Sunday, November 13, 2011

S o r r y note





sekarang bukan masa untuk berbahasa bunga-bunga .
jadi , enchek belog , beri saya seberapa banyak ruang untuk saya luahkan semuanya .

biar kamu tahu , biar kamu faham .






Dear ,
Ahmad Sobri bin Shaari .

sudah berbulan-bulan kamu datang dan nama kamu duduk paling atas dalam carta hati aku , namun nama
 kamu tak pernah ada dalam diari  aku . 
kau berikan aku satu tittle "one less lonely girl " and lifted my feet off the ground and spinn me
around . kau yakinkan aku yang kisah kita bukan kisah dongeng dan kisah kita bukan sebuah mimpi .
maka nama kau tak pernah terukir walau sebaris pun dalam diari aku .
kau bukan kisah dongeng , kau bukan putera dari mana-mana kayangan dan kau juga bukan pari-pari utusan mana-mana perang .
kau adalah KAU ! kau yang aku nanti-nanti selama ni dan KAU yang DIA janjikan untuk temukan dengan aku tiap kali aku berdoa . 
aku kira kau hebat . kau penyabar . kau memahami . kau jujur . kau mudah memaafkan . kau lucu . jiwa kau jiwa halus . kau punya personaliti yang jarang ada pada orang-orang yang pernah aku jumpa .
sebelum kenal kau , siapa sangka semua itu ada pada kau . aku bahagia dapat kenal kau . bahagia dapat rasa cinta kau . bahagia dapat balas cinta kau . bahagia dapat kongsi cerita dengan kau . bahagia dapat mengarut sama-sama dengan kau . bahagia dapat usyar dan kutuk orang dengan kau . bahagia dapat buat bising dengan kau . bahagia dapat kena marah dengan ustazah sebab makan sekali di kantin dengan kau . bahagia dapat duduk diam-diam dalam kelas,tutup pintu dan tingkap serta langsir,pasang lagu dan update blog sama-sama dengan kau . bahagia dapat sama-sama search sejarah tentang kerajaan-keeajaan awal dengan nama pelik-pelik dengan kau .bahagia dapat berbondong-bondong keluar sama-sama dari blik kaunseling lepas kena halau .
bahagia dapat sembang hal agama dengan kau . bahagia dapat sembang pasal mat indera dan mat sabu dengan kau . bahagia dapat tukar background netbook kau dengan gambar aku . bahagia dapat kongsi cerita laksamana sunan dengan kau . bahagia dapat guna gelaran sang ratu soffina dengan  laksamana sobri dengan kau . bahagia dapat kena usik dengan pak cik Shafril sebab pakai nametag kau . bahagia dapat masukkan nametag kau kedalam mesin basuh sterusnya patahkan nametag kau . bahagia dapat hadiahkan nametag baru sumbangan ikhlas daripada cikgu wan dan Madam rodiah untuk kau . bahagia dapat habiskan kredit RM10 bercakap dua jam sebelum kau pergi tidur di gunung jerai .bahagia dapat rasa macam janda bila lima hari kau tinggal aku . bahagia dapat tunjukkan mashaf puisi yang kau siapkan khas unutuk aku pada semua budak kelas 4sc1 dan cakap dalam hati ' hampa ada ? ' .
bahagia dapat curi-curi buka fesbuk kau dan baca mesej-mesej kau . bahagia dapat tau ramai bunian-bunian gunung Jerai yang join kem berkenan dengan kau dan siap luahkan sendiri pada kau  . tapi pengkhabaran tentang keampuhan sang Ratu soffina telah kuburkan niat bunian-bunian tadi untuk bawa kau terbang jauh dari aku  . bahagia dapat rahsiakan tentang hubungan kita dan buat drama berbabak-babak dekat Teras Naka . bahagia dapat buat muka dyorang terlopong masa buat pendedahan konspirasi hubungan kita . bahagia dapat err .. dapat errr . . cukup dulu sampai sini .

 kau fikir aku puas dapat merajuk dengan kau selama dua malam hari tu ? kau silap  .  
hati aku cuma pada kau . happy aku , gelak aku , bahagia aku , ada pada kau . 
kau fikir aku boleh tidur dengan tenang bila paksa diri untuk endahkan mesej maaf yang kau hantar ?
aku cuma mahu kau tahu . aku perempuan . aku ada hati . aku ada rasa cemburu . aku sensitip .
aku mahu kau tahu aku mahu cuma ada kau dan ada aku . aku tak suka orang yang sama dan masalah yang sama ganggu hubungan kita .
dan mula dari situ , aku mula suka merajuk . mula suka buat perangai . mula suka rasa diri macam sang ratu .
itu nak , ini nak , tak nak itu , tak nak ini .
dan aku juga sedar 
selepas rekod tempoh merajuk paling lama yang aku berjaya pecahkan iaitu 2 malam ,
kau berubah . sejak itu aku rasa like im the only girl in the world . *betul , tak tipu*
kau yang selalu mengalah , kau jujur , kau memahami aku dan kau sangat mudah memaafkan aku .
betul-betul aku rasa macam Tuan Puteri .




. . tapi . .
silap aku selalu biarkan kau seorang dengan rasa marah yang aku hempaskan pada kau . 
silap aku biarkan kau seorang dalam fikirkan soal hala tuju hubungan kita .
silap aku jadikan kau tempat dipersalahkan bagi benda alah yang cetuskan perang kecil dalam hubungan kita .
silap aku ragui kesetiaan kau sedangkan kau terlalu jujur pada aku.
silap aku biarkan aku tenggelam dengan kesalahan aku bila kau terus-menerus memaafkan aku .
silap aku memperkecil-kecilkan kesabaran kau terhadap aku .
silap aku biarkan kau rasakan semua itu yang pernah aku rasai awal hubungan kita dahulu keseorangan .
silap aku biarkan rasa cemburu dan dendam lama itu terlalu lama .
silap aku untuk lebih memilih untuk dihargai dari menghargai kau .
salah aku , sayang . salah aku .
maafkan aku  .
tak pernah awin rasa seangkuh tadi , tak pernah awin rasa sekesal sekarang .
sekali lagi , awin minta maaf .







*begging you to stay . im sorry !






       
love and sorry ,        





saya minta !
tolong buat saya rasa macam tuan puteri 
macam yang diorang rasa . .
 
kalau tak mampu buat saya rasa mcam tuan puteri sekalipun , taruh ruang dalam ingatan kamu sedikit untuk saya . 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
*jangan tinggal saya macam tadi lagi . saya minta !

 
 
 



Friday, November 11, 2011

kontra




humm . indahnya dapat bertukar-tukar dan kongsi lagu-lagu sweet dengan kamu .
saya bagitahu lagu kegemaran saya . dan kamu buat benda yang sama kepada saya .
kita sama-sama search lagu-lagu tadi di internet dan kemudian nyanyi sama-sama .
macam suara kita berdua yang paling sedap . 
macam lagi itu lagu kita .
macam dah lama kita tahu lagu tu . 
macam lagu tadi lagu yang paling best pernah kita dengar
macam tak ada lagi lagu lain yang dapat curi tempat dalam carta hati  .
macam cuma kita berdua dapat rasakan betapa indah lagu-lagu tadi .
macam kita mempunyai minat yang sama .
macam saya hargai minat kamu . dan kamu pula hargai minat saya .
macam kita menghargai satu sama lain .




 
----------------------------

masa dengar lagu Crazier yang entah dari mana tetiba ja datang di tibi tadi ,
tak pasal-pasal air mata saya jatuh setitik .
betul , tak tipu , cuma setitik .
saya sedih .
Disney channel mainkan lagu yang kamu tak suka .
yang kamu cakap mengantuk bila dengar lagu tu di belog saya .
tapi itu lagu peberet saya .
tapi tak apa , biar kamu tertidur semasa baca belog ini .
biar kamu bawa masuk saya kedalam mimpu kamu .
HEHE !

saya faham , kita kontra , melengkapi satu sama lain .


Wednesday, November 2, 2011

laporanPerangBesar::VersionAngan-angan | VersionKenyataan




ini hari akhir perang . tak kurang dari dua jam tadi , perang besar telah tamat dengan tak berapa nak jayanya dan tanpa jaminan bahawa akan menang dalam perang kali ini .
maka masing-masing berbondong-bondong keluar dari medan perang dengan muka sakit perut dan muka tak puas hati . ala-ala terkandas dalam  tandas setelah melabur selama 50 minit sebab dapat sembelit . ramai bala tentera yang tewas . saya juga tewas teruk . walau sekolah dah bagi masa untuk atur strategi baru selama 4 hari pun masih jugak wat dunno  .
jadual perang yang nampak seakan bangang itu rupanya tersangatlah cantik lagi bernas  jika diperhatikan semula.
perlu baca benda yang sama selang beberapa hari . hasilnya , baru ingat lama sikit , baru faham lebih sikit . kan betul , what the old man does is always right .




ini laporan tentang perang besar version angan-angan dan juga version kenyataan ::


Version 1

saya tidur lewat malam dan bangun awal pagi untuk baca buku .
saya tak berlelah-lelah rabat tangga ke kelas 6r2 untuk bertemu Enchek S . maka boleh balik awal dua jam dari selalu .
tenaga untuk berlelah-lelah rabat tangga itu saya simpan untuk berjaga pada sebelah malam . 
tiap hari selepas balik sekolah saya akan terus capai tuala dan terus ke bilik mandi . saya tak akan jeling talibesyen walau seinci . selepas solat saya akan lunch 15 minit tanpa bising-bising atau bertekak dengan madam Rodiah lagi . netbook ini saya simpan dalam almari. saya selak setiap helaian buku dengan penuh konsentrasi dan penuh minat . saya juga hafal semua formula fizik tanpa rasa jemu . saya serah henpon pada madam Rodiah atau cikgu Wan untuk diorang simpan . novel-novel Ramlee Awang Mursyid bertajuk Cinta suff dan sutera bidadari yang baru beli satu hari sebelum perang itu saya biarkan terbalut sempurna dalam plastik . saya deactive account fesbuk dan berhenti post entry baru untuk belog . saya bangun sepertiga malam unutk buat solat sunat hajat dan solat sunat tahajjud . sebelum langkah ke pagar sekolah , saya cium tangan Madam Rodiah dan minta ampun serta pohon restu  . saya bersiap-siap 10 minit saja tanpa baju di-iron rapi tanpa bedak tertampal dimuka . juga nude lips .



Version 2

saya tidur lewat malam dan bangun macam biasa .
saya rabat tangga ke kelas 6r2  untuk beritahu bahawa saya tak akan kesana sepanjang 3 minggu itu . pada esok hari , saya rabat lagi tangga itu . kalai ini bukan unutk bagitahu apa-apa tetapi saja-saja .
saya pulang dari sekolah pukul 3 petang . selepas balik , saya duduk di depan tivi sambil makan nasi 20 minit . sempat juga bertekak dengan mada Rodiah sebab pulang lewat . saya terlelap sampai pukul 5 petang . saya mandi dan selak helaian buku yang mana dirasakan perlu sahaja . saya habiskan dua buah novel dalam waktu empat hari . jam 10 malam saya akan berkongsi cerita Cinta Suffi dan Sutera Bidadari dengan Enchek S .
sempat jugak post entry baru pasal hari-hari perang yang berlangsung . hari ke-5 perang saya keluar ke Jitra Mall dan pulang sebelah malam . hari 7 perang terpaksa teman Madam Rodiah sama cikgu Wan ke perlis . juga pulangg sebelah malam . lewat malam . saya cuma makan sekiranya ada masa , hasilnya saya mampu sarung jeans lama yang dahulunya sering saja tersangkut pada bumper yang menyakitkan mata dan hati  . fesbuk menjadi peneman dikala kesunyian sewaktu buat revision pada sebelah malam . Saya juga bantu madam Rodiah masak untuk kenduri di rumah atok yang berlangsung selama dua hari dua malam Jumaat dan Sabtu . terpaksa berdiam-diam kan diri di tingkat atas rumah atok tanpa manusia lain . maka saya pun turun semula sambil berlari-lari anak ala-ala dikejar toyol kaki pendek yang lari tak berapa laju . karut . saya luangkan 40 minit bersiap-siap ke sekolah . tampal foundation bersama bedak . palit sedikit lip balm dan breakfast . oh , terlupa pula . pembayang mata dan maskara masih belum . cuma bersalaman dan kiss pipi madam Rodiah . tak sempat bersalaman dengan cikgu Wan yang masih dalam bilik air pada jam 7 pagi .




mana satu version angan-angan ?
mana satu version kenyataan ?
mana-mana pun boleh . sila pilih ikut suka .